Tuesday, December 2, 2014

RED VELVET MOIST

Assalamualaikum..

Iela x sihat sgt beberapa hari lepas..ntah la..berjangkit ngan colleague kt ofis kot..1 ofis semua duk sok seh sok seh..2 yang berehat sekejap dari buat kek nie..

Jumaat ni sepupu iela bertunang kt Taiping, dh janji nk bt kek untuk hantaran tunang dia..ingat nk bt kek fondant la kn..maklumlah, nk bwak kesana kemari..fondant la yang sesuai. sooo..kna la siapkan gumpaste or fondantnya kurang2 1 hari lebih awal..smlm bt gumpaste dlu, smbil duk fikir2 nk deco mcm mna.belambak dh contoh yang disimpan dlam phone nie..smpai fenin kpala duk tgk..tp ingat nk bt simple2 je..less is more..hehe..nantikan ghupenye nnt erk..

Dalam duk uli2 gumpaste mlm tdi, terlintas plak nk bt kek red velvet sbb 1st time try aritu x kek jdi bengkang.semua barang memg dh ada kt rumah..buat je lah kn?? bleh mkan2 n test resepi so nnt bleh orang order..kn?kn?kn?


ni lah hasilnya..mybe x brapa cantik sbb bt pon dh pkul 2 pagi.maklumlah..x plan pon nk bt kek nie ha..tetiba ja muncul dlam kpala.nnt iela bt lg untuk hasil yang lebih baik. Boleh la cuba resepi kt bawah:

KEK RED VELVET MOIST


Bahan A
2 cawan tepung kek/superfine
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonat
1 sudu kecil garam
Bahan B
1 cawan buttermilk 
1 cawan gula halus
1 sudu besar pewarna merah
1 cawan minyak masak
1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
2 biji telur A
esen vanila

Cara-caranya
1.  Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
2.  Satukan bahan A ke dalam mangkuk. Ketepikan.
3.  Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Whisk hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
4.  Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. 
5.  Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. 

CREAM CHEESE TOPPING
250g cream cheese @ satu ketul
30g butter
1/2 cawan gula icing

1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-caranya:
Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan pukul sehingga halus.

Tunggu kek sejuk dan sapukan topping. Masukkan dalam peti sejuk. Makan sejuk2 lg sedap..

Selamat Mencuba semua!!




No comments:

Post a Comment