Thursday, December 11, 2014

KEK PANDAN LAPIS


Seperti yang telah iela war-war kan..ni dia..kek pandan lapis!! tapi warnanya mcm menyerlah sgt la plak..nk kta terlebih pewarna, dh ikot betol2 mcm dlam resepi. maybe daun pandan 2 kaler terang kot..xpe2, lain kli kurangkan perwarna kalau dh hasil kisaran pndan kalernye dh terang sgt..kira menjadi jgk la cubaan harini..syukur..x la ssah sgt bt kek pndan nie..


resepi ni iela guna yang dalam buku Kak Ita Masam Manis..iela order dari MPH Bookstore Online..


byk resepi yang nmpk sedap2 kt dalam nie..rasa nk try semua, tapi iela ni bekerja.kengkadg msa dekat ofis berkobar2 nk bt kek mlm nnt, tapi bila smpai umah hanya tinggai angan2 je lah..bila jam pukul 10, mata dh nk tutup..



Monday, December 8, 2014

FONDANT & KEK MARBLE FOR COUSIN ENGAGEMENT

Assalamualaikum semua..

Moga sihat2 semua..tp iela pon x brapa sihat.maybe sebab cuaca skrg yang x stabil kot..kejap panas, kejap ujan..salahkan cuaca plak...yang kite duk langgah air ais 3 4 gelas skali 2 ape kesss?? ambik la padahnye..suara pon malu2 nk kluaq bila ckap dgn org..hopefully boleh baik dgn cepat..boleh sambung buat kek lagi kan??mlm ni dh mcm ada plan nk buat kek pandan lapis..aritu dh penah buat, tapi puding dengan kek x bercantum, bila potong die terpisah..adeehhh..okay, mlm ni cubaan kedua erk..caiyook!!

Ok..kembali kepada tajuk asal..last weekend cousin iela yang duk kt taiping bertunang..soo, ambillah kesempatan ini utk mengetest kemampuan diri buat kek fondant untuk hantaran..



kalau x jd, dh kna beli la kt kedai la jwabnye sbb dh jnji memg nk bg kek..alhamdulillah..jd jgk hasil tidoq pkul 5 pagi..bila duk mendecorate kek ni memg x hingat tengok jam dh..tut tut dh pkul 4. nk kemas2 n basuh2 lg..2 yang smpai pkul 5..keesokannya dh nk gerak p taiping plak..nsib bek mama iela ckap x bertolak awai sgt..n yang lagi nasib baiknye ada mama yang begitu memahami diri ini. dengan rela mengoffer utk jaga hero iela yang tecik 2..klau x, mau x tido trus..sbb start buat kek lambat tggu awang kenet tidoq dulu.

Bagi iela bt masa ni, nk decorate fondant ni is time consuming, patutla org jual dengan harga yang agak mahal..masa yang digunakan utk siapkan 1 fondant agak lama..tp mama yang membakar semangat ckap, 'skrg x terer lg, nnt dh byk kli bt n dh pndai cpat la bt 2..' hik..hik..harap2 betol apa yang mama cakap..amin..kata2 seorg ibu itu doa!! 


Mlam yang sama iela bt 2 kek, 1 kek fondant, n lagi 1 kek marble untuk jamu org yang datang.lega rasanya tgk hasil kerja sendiri. nk jamu org pon sgt la berbesar hati.Sila...sila..



ni pulak cupcake dari lebihan butter cake untuk kek fondant.iela masukkan dlam cup, n deco skit untuk bt contoh kekalau ada hati yang tringin nak order. iela jual kecil kecilan sja..maklumlah x brapa nk cekap lagi bt kek ni.byk lg kena blajaq.


Klau nk order, bleh whasaps iela ek..0172832523..

Assalamualaikum dan selamat berbaking!!






Tuesday, December 2, 2014

CHEESE CAKE WITH WHITE CHOCOLATE MOUSSE

~ ~ ~ ~ ~ HELLO ~ ~ ~ ~ ~

Haaaa...sekali 2 post arini..kek ni dh lma iela buat, 2 3 minggu lpas kot, masa duk bt 2 3 jenis kek seminggu..tgh rajin la masa tu..tapi x sempat nk post dlam nie..skrg ada masa skit, apa lagi..


Kek ni iel mix n match sniri jer. ambik resepi cheese cake n match je ngan resepi mousse ni..sedap je!! anak laki kecik iela kt umah 2 suka kek nie..asyik ulang mkan..pndai jgk maknye matching2..



iela pon suka jgk kek nie. iela guna sponge cheese cake, so x la muak sgt bila mkan dengan mousse white coklat nie. nk resepi? kat bawah nie..sama2 kongsi knowledge yee..

SPONGE CHEESE CAKE

Bahan-bahan
150g Tepung Super Fine
1 st serbuk penaik
150g gula kastor (LiNa Pg gn 120g)
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovellete
80ml air biasa
80ml minyak/butter cair
250g cream cheese

Cara-cara
1. Cairkan cream cheese secara double boil. Sejukkan sebentar
2. Tepung super fine dan serbuk penaik diayak terlebih dahulu.
3. Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan.
4. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
5. Perlahankan kelajuan dan masukkan air pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
6. Tuangkan minyak/ mentega cair dan juga cream cheese ke dalam adunan dan gaul dengan senduk/spatula sehingga sebati.
7. Sediakan tin pembakar bulat 9inci atau 4segi ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius 
  8. Kek dimasak mengunakan api atas bawah

COKLAT MOUSSE PUTIH
* topping ni kena buat 1 hari awal dan simpan dalam peti ais semalaman
Bahan-bahan
150g coklat masakan (yg putih)
1 sudu besar gelatin
100ml air
2 biji telur putih
200g whipping cream
40g gula halus 

Cara-cara
1. masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. biarkan dalam 5 minit. 
2. cairkan coklat masakan(yg putih) dengan kaedah 'double bowl'. bila coklat putih dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk
3. masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat putih cair. kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat putih tadi. biarkan sehingga sejuk.
4. pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
5. dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi bentuk krim.
6. masukkan adunan whipping tadi dan coklat cair kedalam putih telur yg dah dipukul tadi.kacau kaup balik perlahan-lahan sehingga sebati. 
7. sapukan pada kek yg nak dihias. setelah hias simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan


Cuba!! Jangan tak cuba!!